Selamat Datang

ﺴﻡﺍﷲﺍﻟﻥﺍ

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MAS

Blog Sekolah Kebangsaan Bandar Mas
Alamat : Peti Surat 24, 81907 Kota Tinggi, Johor.
No. Tel. : 07-8236321
No. Fax : 07-8236321
e-mel : jba3041@yahoo.com

05 Disember 2010

SKBM, 1 Julai 2011 - Bangunan-bangunan baru diberitakan hampir siap sepenuhnya. Pihak sekolah hanya menunggu penyerahan rasmi sahaja. Sementara itu, pihak kontraktor telah memberi lampu hijau untuk memulakan operasi perpindahan.
Atas situasi tersebut, dengan keadaan kelas kabin (sementara) yang semakin uzur, pihak sekolah telah bersetuju memindahkan Kelas 3 Arif dan 4 Bestari ke Bangunan Blok C ( Dulunya Blok B). Mereka akan menggunakan kelas 6 Arif dan 6 Bestari sekarang. Dengan itu, murid-murid 6 Arif dan 6 Bestari sekarang akan ditempatkan di bilik darjah yang baru iaitu di aras 2 Blok B. Ini memberi peluang kepada mereka merasai suasana bangunan baru sebelum melangkah ke sekolah menengah pada tahun hadapan.
Sehubungan dengan itu, satu majlis solat hajat dan bacaan Yassin akan diadakan pada hari Selasa jam 7.30 pagi di Bilik Darjah 6A dan 6B yang baru itu. Gotong-royong akan dibuat pada hari Jumaat, 8 Julai 2011 untuk mengemaskan bilik darjah yang terlibat serta perpindahan bahan dan peralatan. Semua murid Tahun 6 dijangka memulakan sesi pembelajaran mereka di kelas baru itu bermula pada Isnin, 11 Julai 2011.












Hanya murid Tahun 6 akan memulakan sesi pembelajaran mereka pada Isnin, 11 Julai 2011 ini.

- PEMBERITA